Make your own free website on Tripod.com

Seputeh HYO

Service Above Self

Youth Exchange Programme ~ 2006

Saudari Uthayasangari Arumugam telah mengikuti Program Pertukaran Kapal Belia Asia Tenggara & Jepun 2006 selama 44 hari bermula dari 30hb Oktober 2006 hingga 12hb Disember 2006 bersama-sama dengan 28 orang belia dari seluruh Malaysia. Kementerian Belia Dan Sukan telah melatih para peserta dari segi persembahan kebudayaan, perbincangan kumpulan, bakat individu, perucapan awam, latihan ketahanan fizikal dan sebagainya.

Program telah bermula di Singapura dan berakhir di Jepun. Negara-negara yang dikunjungi mengikut turutan adalah Singapura, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Jepun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sewaktu pelayaran. Antaranya adalah seperti malam persembahan kebudayaan oleh negara masing-masing, perbincangan kumpulan mengenai isu-isu semasa, permainan tradisional setiap negara diperkenalkan, aktiviti kelab dan sebagainya. Di negara yang dilawati, peserta telah dibawa mengunjungi tempat-tempat bersejarah, sesi interaksi dengan belia tempatan dan juga pertemuan dengan pemimpin negara tersebut. Selain melawat tempat-tempat menarik, peserta juga diberi peluang untuk menghayati penghidupan masyarakat sesebuah negara melalui “homestay” bersama keluarga angkat.

utai6.jpg

utai3.jpg

utai5.jpg

utai.tn.jpg

utai1.jpg

utai2.jpg

utai4.jpg